Wednesday 16 January 2013

Kampus Hijau UiTM JB



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 
Syukur kepada Allah dengan izin Nya, 
Kami Jawatankuasa Perwakilan Kolej telah berjaya menjalankan satu program Kolej iaitu

 "KAMPUS HIJAU UiTM JB" 

Program ini telah dijalankan pada hari 
Sabtu, 5 Januari 2013

di Kampus UiTM Johor Bahru.

Program ini dijalankan bagi menjaga dan membersihkan kawasan persekitaran kampus dan ia melibatkan semua penghuni kolej siswa dan siswi UiTMJB.
Disamping itu, program ini juga dijalankn bagi memupuk hubungan silaturrahim
antara JPK dan penghuni Kolej UiTM JB.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi, dimulakan dengan bacaan doa,seterusnya aktiviti senamrobik telah diadakan. Aktiviti senamrobik ini, yang istimewanya telah diketuai oleh salah seorang pensyarah di UiTMJB iaitu Dr Noor Hanim bt Rahmat.

 Program ini telah dirasmikan oleh Pn Rosnah binti Othman yang merupakan Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) merangkap Pengurus Asrama UiTMJB.

Selepas itu, pelajar kolej telah diberikan taklimat oleh ketua projek kami iaitu 
Zulfadli bin Zulkefli (Exco 5S) mengenai aktiviti yang akan dipertandingkan sepanjang 
Program Kampus Hijau ini.

Selepas taklimat, bermulalah aktiviti gotong-royong perdana UiTMJB. Semua pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, untuk membersihkan tiga zon yang telah ditetapkan.

Apabila selesai aktiviti gotong-royong di kawasan sekitar UiTMJB, pelajar telah diberi arahan untuk pulang ke bilik masing-masing, dan membersihkan kawasan bilik .

Setelah selesai semua aktiviti gotong-royong ini, para pelajar dikehendaki berkumpul semula di padang kawad, untuk mengambil kupon aktiviti dan makanan yang disediakan.
Program berakhir tepat jam12.30  tengah hari


AJK Pelaksana yang terdiri daripada JPK UiTMJB

Pelajar berkumpul di Padang Kawad 


 Perasmian oleh PPP


Taklimat mengenai program oleh ketua projek




  
Senamrobik daripada Dr.Hanim 




Gotong-Royong Perdana sekitar UiTM JB





Gotong-Royong Bilik





Pembahagian makanan dan kupon aktiviti kepada pelajar Kolej



Post-moterm kampus hijau





Sekian sahaja entri pada kali ini. Terima kasih.


                                                                                                  -Syaiza dan Shafinaz-

Friday 4 January 2013

A Journey to the Southern City (UiTMPP >> UiTMJB)


...Assalamualaikum...
Pada cuti mid sem yang lalu, bertarikh
(22 Disember 2012 - 25 Disember 2012)
UiTM Kampus Cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang telah mengadakan benchmarking di 
UiTM  Kampus Johor Bahru  nama program rasminya ialah
 "A Journey the Southern City".

Benchmarking ini telah disertai seramai 80 orang dan seorang pegawai pengiring dari UiTM Pulau Pinang (UiTMPP). Peserta yang menyertai benchmarking ini, terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan juga Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTMPP.

Objektif utama program ini,
adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara JPK UiTMJB dan UiTMPP. Disamping itu, kami turut mengadakan diskusi bagi membincangkan pegurusan sistem di kolej dan juga membincangkan permasalahan yang terdapat di kolej masing-masing.

Tentatif program bermula pada 22 disember 2012,
 iaitu JPK UiTMPP telah tiba di perkarangan UiTMJB tepat jam 10.30 malam. Selepas itu, mereka
di berikan taklimat tentang perjalanan program sepanjang 3 hari berturut-turut oleh ketua projek dari UiTMPP.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah diskusi perihal JPK bersama pihak pengurusan, pelaksanaan dan  pembentangan kertas kerja,  
permainan persahabatan (Futsal & Bola Jaring) UiTMPP & UiTMJB , 
malam kebudayaan serta explorace,,,

makanan kami sementara menunggu JPK UiTMPP tiba

Bilik yang disediakan untuk JPK UiTMPP

JPK UiTMPP tiba tepat jam 10.30 malam (22 Dis 2012)

Ucapan Selamat Datang JPK UiTMPP dan taklimat program telah diberikan


Sesi diskusi bersama UiTMPP

Diskusi perihal JPK serta pelaksanaan kertas kerja

Riadah

JPK UiTMJB

Cenderamata dari pihak UiTMPP

Alhamdulilah...pada hari Selasa (25 Dis 2012)...Program Benchmarking ini pun telah berakhir.. Kami mengharapkan hungan baik yang terjalin ini dapat di teruskan hingga ke akhirnya,, Insya-Allah...

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini.



                                                                                                                                  shafinazhairi

Wednesday 26 December 2012

Perasmian blog..~

Assalamualaikum..~

Alhamdulillah.. bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kami JPK UiTM JB di beri kesempatan untuk mengwujudkn
blog JawatanKuasa Perwakilan Kolej Kampus Johor Bahru ini..

Blog ini telah ditubuhkan pada hari RABU 26.12.2012 pada jam 11.47 p.m

Blog ini akan di update oleh kami sendiri iaitu ahli2 Jawatankuasa Perwakilan kolej..

Harap maaf jika isi di blog ini msih kurang memuaskan kerana blog ini masih 
dalam proses "renovation"

KESULITAN AMAT DIKESALI.. SEKIAN

Akhir Kata Dari Saya :

SELAMAT DATANG KE BLOG

 " JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ 
UiTM KAMPUS JOHOR BAHRU" 


Syaiza